Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Pemandu Kereta Direman 4 Hari

Diterbitkan: 16 Jul 2024 2.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 16 Julai 2024 - Lelaki yang ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar anggota polis trafik sedang bertugas, kelmarin direman empat hari semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-pemandu-kereta-direman-4-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:12 MYT
Johor Bahru, 16 Julai 2024 - Lelaki yang ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar anggota polis trafik sedang bertugas, kelmarin direman empat hari semalam.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid membenarkan permohonan reman sehingga Khamis ini bagi menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek berusia 30-an itu.

Suspek yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan tangan bergari itu disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Terdahulu media melaporkan seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai, di sini.

Dalam kejadian jam 7.05 pagi itu, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang berusia 30-an itu sedang mengawal aliran trafik selepas berlaku satu kemalangan di lokasi terbabit.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 16 Jul 2024 2.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM