
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Jangan Terlibat Seludup Jual Mercun Timbalan Kpn
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengarahkan semua kontinjen untuk membuat pemantauan dan pemerik...
Shah Alam, 17 April 2022 - Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan penyeludupan dan penjualan mercun secara haram.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata, pihaknya telah mengarahkan semua kontinjen untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan di lokasi penjualan mercun seperti pasar malam dan bazar Ramadan.
"Polis akan melaksanakan pemantauan termasuklah di premis, pasar malam serta bazar Ramadan.
"Sekiranya dikesan individu terbabit tidak memiliki permit, lesen atau menjual mercun yang tidak dibenarkan, tindakan serta merta akan diambil," katanya pada Sinar Ahad.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.