Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jangan Buat Spekulasi Sampai Kaitkan Istana Kpn

Diterbitkan: 10 May 2024 4.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.14 PM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak timbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, termasuk mengaitkan dengan 'istana' berhubung kejadian serangan terhadap tiga pemain bola sepak negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jangan-buat-spekulasi-sampai-kaitkan-istana-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:52 MYT
Kuala Lumpur, 10 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak timbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, termasuk mengaitkan dengan 'istana' berhubung kejadian serangan terhadap tiga pemain bola sepak negara.

Beliau berkata, sehingga kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian serangan dan samun terhadap Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Tan Sri Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan yang ditimbulkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab dalam media sosial yang seolah-olah sudah mengetahui motif kejadian itu dengan fitnah yang tidak benar dan tidak berasas.

“Bila ada yang menyebut kononnya ada pembabitan pihak istana dalam kes ini, ini adalah benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku disebabkan kita (polis) sendiri belum dapat motif sebenar.

“JSJ juga masih lagi sedang bertungkus-lumus ke arah perkara itu dan petang tadi (semalam) Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sendiri sudah turun ke lokasi kejadian serangan terhadap Faisal di Damansara.

“Sekarang ini pihak tidak bertanggungjawab, termasuk laman telegram Edisi Siasat seolah-olah sudah menyelesaikan dan menjatuhkan hukuman sendiri dengan membuat spekulasi serta fitnah yang dia dapat daripada mana pun kami tidak tahu,” katanya ketika ditemui pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Keselamatan Kebangsaan Asia 2024, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 10 May 2024 4.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.14 PM