Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jangan Anggap Normal Jenayah Seksual Kanak Kanak Kpn

Published: 06 Nov 2023 2.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 6 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bimbang dengan sikap masyarakat kini yang seolah-olah menganggap perlakuan jenayah terutamanya aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak dan remaja sebagai ‘perkara biasa'.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jangan-anggap-normal-jenayah-seksual-kanak-kanak-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Petaling Jaya, 6 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bimbang dengan sikap masyarakat kini yang seolah-olah menganggap perlakuan jenayah terutamanya aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak dan remaja sebagai ‘perkara biasa'.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menegaskan, perlakuan itu adalah satu jenayah serius dan menjadi satu tanggungjawab bersama untuk melindungi kanak-kanak.

“Ada sesetengah masyarakat menganggap aktiviti seksual merupakan perlakuan normal dan bukan satu jenayah dan paling dikhuatiri ialah perlakuan itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Turut membimbangkan ialah hubungan seks bebas dalam kalangan kanak-kanak serta remaja sudah menjadi perbuatan tidak asing lagi bagi masyarakat kini,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 06 Nov 2023 2.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM