Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Lima Negara Jadi Sasaran Sindiket Tipu Tawaran Kerja Kpn

Diterbitkan: 06 Nov 2023 1.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 November 2023 - Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dikesan menjadi destinasi sasaran sindiket penipuan tawaran kerja dan pemerdagangan membawa rakyat Malaysia mangsa penipuan mereka.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-crime-alert-lima-negara-jadi-sasaran-sindiket-tipu-tawaran-kerja-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:16 MYT
Kuala Lumpur, 6 November 2023 - Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dikesan menjadi destinasi sasaran sindiket penipuan tawaran kerja dan pemerdagangan membawa rakyat Malaysia mangsa penipuan mereka.

Difahamkan, daripada lima negara berkenaan, mangsa dari Malaysia dipercayai paling ramai terperangkap di Myanmar dan Kemboja.

Maklumat mengenai sindiket menyasarkan rakyat Malaysia dikatakan mula diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak September 2021 dan semakin aktif memerangkap mereka yang mahu mencari kerja konon bergaji lumayan di luar negara.

Mengulas perkembangan berkenaan, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, trend terbaharu dikesan PDRM adalah mereka yang tertipu dengan tawaran kerja kemudian dipaksa menjadi "scammer" di negara luar.

“Modus operandi sindiket adalah menawarkan pekerjaan di luar negara melalui iklan laman media sosial dan laman web pencarian pekerjaan.

“Mereka yang menerima tawaran kerja itu sebaliknya dipaksa menjadi "scammer" di negara luar.

“Ini trend baharu aktiviti pemerdagangan orang yang dikesan di negara kita. Mangsa dibawa ke negara seperti Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina dan UAE (Dubai). Yang terjebak bukan sahaja tidak dibayar gaji, malah dikurung dan turut dicederakan.

“Antara jenayahnya adalah "love scam" dan pelaburan palsu, juga sindiket judi dalam talian haram yang memaksa mangsa bekerja. Ada dakwaan gaji diterima tak sama seperti dijanjikan,” katanya kepada Berita Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Sindiket pemerdagangan manusia Lima negara jadi sasaran sindiket tipu tawaran kerja BH Beribu rakyat kita R
ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2023 1.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM