
Article
Keratan Akhbar Pilihan Jaga Keselamatan Ketika Ke Selatan Thailand
Beliau berkata, berdasarkan daftar keluar dan masuk di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan iaitu Kompleks ICQS Rantau...
Kota Bharu, 1 November 2024 - Rakyat Kelantan dinasihatkan sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat.
“Semua rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Kelantan yang merancang ke selatan Thailand sempena cuti Deepavali dinasihatkan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya, semalam.
Beliau berkata, sejak awal Oktober lalu sebanyak 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Dato’ Hj. Mohd Yusoff turut mengingatkan pengunjung supaya menggunakan pintu keluar masuk sah supaya pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bertindak sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.