
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Jaga Jarak Selamat Juga Had Kelajuan
Kuala Lumpur, 11 Disember 2023 - Kementerian Penerangan Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam memberi advokasi ke...
Kuala Lumpur, 11 Disember 2023 - Kementerian Penerangan Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam memberi advokasi kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan ketika berhadapan dengan hujan lebat.
Menurutnya, ada tiga tip keselamatan jalan raya yang boleh diterapkan penunggang motosikal ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.
“Pertama, pastikan topi keledar dan jaket keselamatan digunakan serta nyalakan lampu motosikal.
“Kedua, pastikan jaga jarak selamat dengan kenderaan yang lain dan jaga had kelajuan.
“Ketiga, sentiasa berwaspada keadaan jalan seperti lopak air, takungan minyak dan perhati anak panah jalan raya,” katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.