Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jaga Jarak Selamat Juga Had Kelajuan

Diterbitkan: 11 Dec 2023 5.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 Disember 2023 - Kementerian Penerangan Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam memberi advokasi kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan ketika berhadapan dengan hujan lebat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jaga-jarak-selamat-juga-had-kelajuan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT
Kuala Lumpur, 11 Disember 2023 - Kementerian Penerangan Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam memberi advokasi kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan ketika berhadapan dengan hujan lebat.

Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam kenyataannya berkata, keadaan jalan ketika hujan lebat sememangnya agak mencabar kerana jalan licin dan pemanduan tidak cermat boleh mengundang kemalangan serta membahayakan nyawa pengguna jalan lain.

Menurutnya, ada tiga tip keselamatan jalan raya yang boleh diterapkan penunggang motosikal ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.
“Pertama, pastikan topi keledar dan jaket keselamatan digunakan serta nyalakan lampu motosikal.

“Kedua, pastikan jaga jarak selamat dengan kenderaan yang lain dan jaga had kelajuan.
“Ketiga, sentiasa berwaspada keadaan jalan seperti lopak air, takungan minyak dan perhati anak panah jalan raya,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Dec 2023 5.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM