Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jadi Mata Telinga Polis Salur Kes Jenayah Kampung Orang Asli

Published: 28 Mar 2022 6.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, maklumat yang disalurkan memudahkan pihaknya mengambil tindakan segera.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jadi-mata-telinga-polis-salur-kes-jenayah-kampung-orang-asli
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:29 MYT
Gua Musang, 28 Mac 2022 - Bekas anggota polis terutamanya Pasukan Senoi Praaq atau Pasukan Gerakan Am (PGA) Orang Asli yang sudah bersara diharap terus menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan setempat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, maklumat yang disalurkan memudahkan pihaknya mengambil tindakan segera.

Katanya, terdapat lebih 100 bekas anggota polis di Gua Musang dan sebahagian besarnya adalah anggota Senoi Praaq yang tinggal di kawasan pos pedalaman Orang Asli.

"Bekas anggota kita mempunyai banyak pengalaman dan sudah tentu mengetahui tindakan yang perlu diambil selain menjadi mata dan telinga pihak polis.

"Jadi, kita berharap pegawai atau anggota polis di daerah ini yang sudah bersara boleh terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan masing-masing," katanya selepas menghadiri program bersama pesara polis di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo Online seperti berikut.

May be an image of 5 people and text that says 'Jadi mata, telinga polis salur kes jenayah kampung Orang Asli GUA MUSANG Bekas anggota Pasukan laman Orang
ArticlePublished 28 Mar 2022 6.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM