Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jadi Mata Dan Mulut Hindar Jenayah Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: 04 Aug 2022 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 4 Ogos 2022 - Semua pihak perlu memainkan peranan sebagai 'mata dan mulut' kepada pihak berkuasa bagi memerangi jenayah pemerdagangan manusia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jadi-mata-dan-mulut-hindar-jenayah-pemerdagangan-manusia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:29 MYT
 
Petaling Jaya, 4 Ogos 2022 - Semua pihak perlu memainkan peranan sebagai 'mata dan mulut' kepada pihak berkuasa bagi memerangi jenayah pemerdagangan manusia.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan memerlukan usaha yang jitu bagi mengatasi masalah ini memandangkan Malaysia diletakkan di Tahap 3 pada 2022 berdasarkan penilaian peringkat global dilakukan oleh Amerika Syarikat.

"Masih ramai yang tidak peka dengan isu ini termasuk mengenal pasti mangsa. Ini bukan untuk menahan mereka sebaliknya penjenayah yang menggunakan pelbagai cara untuk melakukan kegiatan itu.

"Malah, perkara ini juga didorong dengan penggunaan teknologi oleh penjenayah bagi menjerat menjadi mangsa pemerdagangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Aviation Against Trafficking in Persons di Akademi Malaysia Airlines di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2022 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM