Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jabatan Perhutanan Jalin Kerjasama Dengan Agensi Lain Tangani Kejadian Curi Balak

Published: 08 Jan 2023 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Januari 2023 - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan dua individu yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis, Pahang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jabatan-perhutanan-jalin-kerjasama-dengan-agensi-lain-tangani-kejadian-curi-balak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT
Kuala Lumpur, 8 Januari 2023 - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan dua individu yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis, Pahang.

Ketua Pengarah JPSM, Dato' Indera Mohd Ridza Awang berkata, siasatan dan penahanan dua individu itu dijalankan oleh pihak SPRM.

“Kami (JPSM) akan menunggu hasil siasatan sama ada terdapat pendakwaan atau tidak.
“Jabatan akan bantu jika pihak SPRM perlukan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada Sinar Harian.

Dato' Indera Mohd Ridza berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM bagi menangani jenayah tersebut daripada berterusan.

Katanya, kerjasama itu juga termasuklah dengan agensi penguat kuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 08 Jan 2023 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM