
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Jabatan Perhutanan Jalin Kerjasama Dengan Agensi Lain Tangani Kejadian Curi Balak
Kuala Lumpur, 8 Januari 2023 - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pen...
Kuala Lumpur, 8 Januari 2023 - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan dua individu yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis, Pahang.
“Kami (JPSM) akan menunggu hasil siasatan sama ada terdapat pendakwaan atau tidak.
“Jabatan akan bantu jika pihak SPRM perlukan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada Sinar Harian.
Dato' Indera Mohd Ridza berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM bagi menangani jenayah tersebut daripada berterusan.
Katanya, kerjasama itu juga termasuklah dengan agensi penguat kuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.