
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Silap Berhenti Saman Menanti
Kuala Lumpur, 9 Julai 2023 - Hati-hati ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di sekitar bandar raya ini kerana anda mungkin disaman disebabkan berhenti...
Kuala Lumpur, 9 Julai 2023 - Hati-hati ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di sekitar bandar raya ini kerana anda mungkin disaman disebabkan berhenti pada ‘ruangan' yang salah.
la susulan satu video yang tular di media sosial memaparkan penunggang motosikal serta pemandu kereta di kawasan persimpangan lampu isyarat yang tidak diketahui lokasinya, dikenakan saman oleh beberapa anggota polis trafik.
Sekiranya ada kenderaan lain berhenti pada ruangan itu, maka tindakan saman akan dikenakan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan pihaknya menggerakkan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya untuk mengesan pengguna jalan raya di sekitar bandar raya yang melakukan kesalahan lalu iintas.
Fokus utama Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya adalah Op Lampu Merah iaitu bagi mengesan pengguna jalan raya yang berhenti melebihi garisan putih atau berhenti pada lintasan pejalan kaki, lintasan zebra, kotak atau petak kuning.
Polis Kuala Lumpur juga mengadakan Op Halangan iaitu bagi mengesan pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas.
Dato' Mohd Shuhaily berkata, objektif utama operasi mendidik masyarakat supaya sentiasa patuh kepada undang-undang jalan raya terutama warga Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro