Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Silap Berhenti Saman Menanti

Published: 09 Jul 2023 1.50 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Kuala Lumpur, 9 Julai 2023 - Hati-hati ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di sekitar bandar raya ini kerana anda mungkin disaman disebabkan berhenti pada ‘ruangan' yang salah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-silap-berhenti-saman-menanti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Kuala Lumpur, 9 Julai 2023 - Hati-hati ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di sekitar bandar raya ini kerana anda mungkin disaman disebabkan berhenti pada ‘ruangan' yang salah.

la susulan satu video yang tular di media sosial memaparkan penunggang motosikal serta pemandu kereta di kawasan persimpangan lampu isyarat yang tidak diketahui lokasinya, dikenakan saman oleh beberapa anggota polis trafik.

Melalui kapsyen tertera, pengguna jalan raya diingatkan bahawa ruangan petak merah pada persimpangan lampu isyarat hanya dikhususkan untuk penunggang motosikal.
Sekiranya ada kenderaan lain berhenti pada ruangan itu, maka tindakan saman akan dikenakan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan pihaknya menggerakkan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya untuk mengesan pengguna jalan raya di sekitar bandar raya yang melakukan kesalahan lalu iintas.

Fokus utama Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya adalah Op Lampu Merah iaitu bagi mengesan pengguna jalan raya yang berhenti melebihi garisan putih atau berhenti pada lintasan pejalan kaki, lintasan zebra, kotak atau petak kuning.

Polis Kuala Lumpur juga mengadakan Op Halangan iaitu bagi mengesan pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas.

Dato' Mohd Shuhaily berkata, objektif utama operasi mendidik masyarakat supaya sentiasa patuh kepada undang-undang jalan raya terutama warga Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 09 Jul 2023 1.50 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM