Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Remaja Tendang Tampar Wanita Guna Selipar Dicari

Published: 01 Nov 2022 1.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 1 November 2022 - Polis masih mengesan seorang remaja lelaki yang dilihat tular menerusi rakaman video menendang dan menampar seorang perempuan, termasuk menggunakan selipar sehingga mencetuskan kemarahan warganet.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-remaja-tendang-tampar-wanita-guna-selipar-dicari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT
Kota Kinabalu, 1 November 2022 - Polis masih mengesan seorang remaja lelaki yang dilihat tular menerusi rakaman video menendang dan menampar seorang perempuan, termasuk menggunakan selipar sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu (Page), ACP Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama daripada semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menahan suspek.

Rakaman video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu menampar beberapa kali arah muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online
 
ArticlePublished 01 Nov 2022 1.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM