Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Polis Tahan Lelaki Sengaja Conteng 51 Kubur Di Bintulu

Published: 28 Jul 2023 3.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, hasil maklumat serta risikan pasukan polis berjaya mengesan dan menahan suspek terlibat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-polis-tahan-lelaki-sengaja-conteng-51-kubur-di-bintulu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
Bintulu, 28 Julai 2023 - Sengaja menconteng dan menyembur cat pada kubur dengan pelbagai tulisan mengandungi mesej menghina.

Itu tindakan seorang lelaki berusia 40 tahun yang diberkas polis selepas menyembur cat merah dan biru pada 51 pusara di Tanah Perkuburan Islam Kemunting.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, hasil maklumat serta risikan pasukan polis berjaya mengesan dan menahan suspek terlibat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

“Orang awam dalam masa sama dinasihatkan agar tidak mewujudkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of text that says 'Khianat di pusara Polis tahan lelaki sengaja conteng 51 kubur di Bintulu Oleh Bintulu mewujudkan sebarang tidak engaja b
ArticlePublished 28 Jul 2023 3.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM