
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Penunggang Motosikal Dikenakan Saman Tiada Lesen Memandu
Klang, 5 Mei 2024 - Panik dengan kehadiran polis, dua lelaki warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan di J...
Klang, 5 Mei 2024 - Panik dengan kehadiran polis, dua lelaki warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan di Jalan Pasar Malam, Meru di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari, kedua-dua lelaki berusia 30-an terbabit bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira 70 meter dari lokasi kejadian.
“Pasukan terserempak motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasar Malam dalam keadaan mencurigakan.
“Pasukan peronda menghampiri dua lelaki itu dan mengarahkan menghentikan motosikal namun mereka melarikan diri. Anggota kemudian mengejar dan berjaya menahan motosikal mereka,” katanya semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.