
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Pdrm Nafi Dakwaan Dua Lelaki Berpakaian Polis Culik Kanak Kanak
Seremban, 18 Oktober 2023 - Polis menafikan berlaku kes seorang kanak-kanak didakwa diculik dua lelaki berpakaian polis seperti dilaporkan seorang wanita yang...
Seremban, 18 Oktober 2023 - Polis menafikan berlaku kes seorang kanak-kanak didakwa diculik dua lelaki berpakaian polis seperti dilaporkan seorang wanita yang tular sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, pada jam 9.15 malam Ahad lalu, polis menerima laporan daripada seorang suri rumah mengenai kejadian pemerasan di rumahnya di Bandar Sri Sendayan, di sini.
“Pengadu menyatakan menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat penghantaran barang sebelum mendakwa didatangi dua lelaki menaiki motosikal.
“Menerusi laporan itu, wanita berkenaan mengatakan dua polis terbabit melarikan anak lelakinya yang berumur 2 tahun,” katanya dalam kenyataan, semalam.