Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Lelaki Kasari Pemandu Wanita Dipenjara Tujuh Hari

Diterbitkan: 10 Jun 2023 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tapah, 10 Jun 2023 - Mahkamah Majistret Tapah di sini, semalam, menjatuhi hukuman tujuh hari penjara ke atas lelaki yang mengasari pemandu wanita di Lata Iskandar, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-lelaki-kasari-pemandu-wanita-dipenjara-tujuh-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:18 MYT
Tapah, 10 Jun 2023 - Mahkamah Majistret Tapah di sini, semalam, menjatuhi hukuman tujuh hari penjara ke atas lelaki yang mengasari pemandu wanita di Lata Iskandar, Isnin lalu.
Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menjatuhkan hukuman itu terhadap penyelia kilang, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut pemandu wanita terbabit dalam insiden yang tular di media sosial.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Zaim didapati menakutkan secara jenayah terhadap mangsa, Amiera Atiqah Shahrizan, 24, di Lata Iskandar Kilometer 22 Jalan Tapah - Cameron Highlands pada jam 5.33 petang 5 Jun lalu dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi'.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, Mohammad Zaim didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa di lokasi dan masa sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, boleh dipenjara setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menetapkan tertuduh disabitkan kedua-dua kesalahan iaitu masing-masing penjara tujuh hari yang berjalan serentak dari tarikh sabitan.
Ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Siti Hanum berkata, setiap tindakan yang dilakukan ada kesannya, sama ada kepada diri sendiri atau keluarga dan masyarakat.
“Maka fikirlah dulu sebelum bertindak,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2023 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM