Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Lelaki Acu Pisau Di Stesen Minyak Ditahan Polis

Published: 11 Aug 2026 6.33 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Terengganu, 11 Ogos 2026 - Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan mengacukan pisau pemotong daging terhadap pekerja panggilan di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, petang kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-lelaki-acu-pisau-di-stesen-minyak-ditahan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Kuala Terengganu, 11 Ogos 2026 - Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan mengacukan pisau pemotong daging terhadap pekerja panggilan di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 55 tahun itu ditahan kira-kira 10.00 malam kelmarin di kediamannya di Kampung Nibung, dekat sini.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek mendakwa mangsa lambat mengisi minyak.

"Ketika mengisi minyak jam 4.30 petang, mangsa lelaki berusia 26 tahun didatangi suspek yang menaiki motosikal. Suspek menjerit dan memarahi mangsa kerana dikatakan lambat mengisi minyak, tetapi tidak diendahkan.

"Suspek berang mengambil pisau pemotong daging dari bakul motosikalnya lalu mengacukan kepada mangsa. Mangsa ketakutan melarikan diri sebelum membuat laporan polis," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of slow loris and text
ArticlePublished 11 Aug 2026 6.33 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM