
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Lapan Ditahan Bergasak Dekat Pusat Hiburan
Mereka ditahan pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah TIMUR LAUT, susulan laporan di...
Georgetown, 1 Julai 2023 - Lapan individu termasuk wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan pergaduhan di jalan raya berhampiran pusat hiburan di sini, yang videonya tular di media sosial.
Mereka ditahan pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah TIMUR LAUT, susulan laporan dibuat lelaki berusia 27 tahun.
“Susulan laporan, kesemua suspek berusia 21 hingga 29 tahun diberkas di tiga lokasi berasingan sekitar Georgetown antara 7.30 malam (semalam) hingga 12.30 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan semalam.