Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Dikejar Peronda Mpv

Published: 18 Aug 2023 3.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-kereta-langgar-lampu-isyarat-merah-dikejar-peronda-mpv
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:14 MYT
Kuala Langat, 18 Ogos 2023 - Polis mengesahkan sebuah kenderaan awam dikejar kereta peronda polis (MPV) kira-kira sejauh satu kilometer sebagaimana tular di media sosial kerana melanggar lampu isyarat merah di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya mengesan satu video menerusi TikTok kelmarin memaparkan sebuah MPV mengejar Toyota Vios.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 11 malam, Selasa lalu di Taman Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang.
“Semasa kejadian, anggota MPV yang sedang bertugas melihat kereta itu melanggar lampu isyarat merah di Batu 7, Sijangkang.

“Anggota polis mengarahkan supaya kenderaan itu berhenti, tetapi ia terus memecut memasuki Taman Perumahan Sijangkang Jaya,” katanya.
Beliau berkata, anggota polis berjaya menahan kenderaan terbabit dan pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu lelaki tempatan berumur 41 tahun bersama isteri dan tiga anak.

“Saman dikeluarkan atas kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah (Kaedah Rule LN167/59-017) yang mana kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 18 Aug 2023 3.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM