
Article
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Gaduh Kerana Pertikai Sewa Rumah Naik
Pasir Mas, 14 September 2022 - Insiden pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook pada Isnin didakwa berpunca daripada pertikaian kenaikan sewa rumah antar...
Pasir Mas, 14 September 2022 - Insiden pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook pada Isnin didakwa berpunca daripada pertikaian kenaikan sewa rumah antara pihak penyewa dan pemilik.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, maklumat tersebut hasil siasatan lanjut yang dilakukan ke atas individu terlibat.
"Kedua-dua belah pihak yang terlibat telahpun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi memberi keterangan lanjut dan menyelesaikan pertikaian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.