Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Suspek Cuba Lari Baling Batu Pada Polis

Diterbitkan: 14 Sep 2022 2.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 14 September 2022 – Tindakan seorang lelaki membaling objek ke arah kenderaan dan pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hamzah dan lembah Sireh, di sini berakhir apabila ditahan polis, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-suspek-cuba-lari-baling-batu-pada-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:04 MYT
Kota Bharu, 14 September 2022 – Tindakan seorang lelaki membaling objek ke arah kenderaan dan pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hamzah dan lembah Sireh, di sini berakhir apabila ditahan polis, semalam.

Lelaki berkenaan ditahan selepas berlaku pergelutan dengan polis di Jalan Hamzah pada 8.40 pagi.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di laman Facebook menunjukkan suspek membaling objek termasuk tong sampah ke arah penunggang motosikal dan kereta hingga menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosli Daud berkata, pihaknya mengesan video tular di laman sosial berkaitan seorang lelaki tidak siuman membaling objek ke arah kenderaan yang melalui lampu isyarat Kijang, Jalan Hamzah.

Katanya, hasil semakan terhadap video itu, tercatat tarikh rakaman dibuat iaitu 5.34 petang pada 6 September lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, road and text
 
ArtikelDiterbitkan 14 Sep 2022 2.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM