Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Ambil Anak Kandung Disangka Culik

Published: 07 Oct 2022 2.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rompin, 7 Oktober 2022 – Kejadian tular melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dilarikan wanita berpurdah di bandar lama Rompin di sini baru-baru ini terjawab apabila wanita tersebut rupa-rupanya ibu kandungnya sendiri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-tular-ambil-anak-kandung-disangka-culik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:16 MYT
Rompin, 7 Oktober 2022 – Kejadian tular melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dilarikan wanita berpurdah di bandar lama Rompin di sini baru-baru ini terjawab apabila wanita tersebut rupa-rupanya ibu kandungnya sendiri.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu yang merupakan Orang Asli berpisah dengan suaminya dan berhijrah untuk mendalami agama Islam di Terengganu.

Wanita tersebut dikatakan mendapat hak penjagaan anaknya iaitu mangsa yang berusia lapan tahun sejak tahun 2019, namun tidak dapat mengambil kanak-kanak tersebut disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, wanita itu juga menghadapi kekangan kerana mendalami agama Islam pada tahun tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur penculikan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di daerah ini seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo Online.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07102022

May be an image of outdoors and text that says 'ROMPIN Kejadian Perbuatan wanita berpurdah naik Perodua Myvi cetus kebimbangan Ambil anak kandung, disangka
ArticlePublished 07 Oct 2022 2.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM