
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Isu Tular Ambil Anak Kandung Disangka Culik
Rompin, 7 Oktober 2022 – Kejadian tular melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dilarikan wanita berpurdah di bandar lama Rompin di sini baru-bar...
Rompin, 7 Oktober 2022 – Kejadian tular melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa dilarikan wanita berpurdah di bandar lama Rompin di sini baru-baru ini terjawab apabila wanita tersebut rupa-rupanya ibu kandungnya sendiri.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu yang merupakan Orang Asli berpisah dengan suaminya dan berhijrah untuk mendalami agama Islam di Terengganu.
Selain itu, wanita itu juga menghadapi kekangan kerana mendalami agama Islam pada tahun tersebut.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur penculikan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di daerah ini seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07102022