Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Isu Pemerdagangan Orang Kdn Hantar Laporan Lebih Lengkap Dan Video Kepada Amerika Syarikat

Diterbitkan: 05 Aug 2022 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 - Laporan lebih lengkap bersama dokumentari mengenai usaha menangani pemerdagangan orang, akan dihantar kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang sebagai penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-isu-pemerdagangan-orang-kdn-hantar-laporan-lebih-lengkap-dan-video-kepada-amerika-syarikat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:15 MYT
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 - Laporan lebih lengkap bersama dokumentari mengenai usaha menangani pemerdagangan orang, akan dihantar kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang sebagai penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, dokumentari itu termasuk mengenai nasib mangsa kes pemerdagangan diselamatkan yang dilindungi dan dibebaskan.

Katanya, langkah itu usaha terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memberikan gambaran sebenar usaha antipemerdagangan orang yang dilakukan kerajaan.
"Berbelas tahun kita menghantar laporan. Kali ini, saya maklumkan kita akan hantar video kita buat operasi, penahanan (penjenayah pemerdagangan orang) dan video mangsa di pusat (perlindungan).

"Ini kita buat nak menunjukkan bahawa tugas (antipemerdagangan) ini kita sudah lakukan dan kita mahu maklumkan kepada dunia, kita tidak memandang ringan, malah sentiasa memastikan tidak berlaku pemerdagangan orang dalam negara kita,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Anti-Pemerdagangan Orang Sedunia 2022 semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
 
 
ArtikelDiterbitkan 05 Aug 2022 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM