Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ipd Lipis Santuni 36 Ketua Keluarga Tanjung Buluh

Diterbitkan: 01 May 2023 6.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, program tersebut turut disertai seramai tujuh orang pegawai IPD Lipis menyampaikan bantuan duit raya kepada ketua keluarga berkenaan di samping penerangan mengenai pencegahan jenayah hasil kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dipengerusikan oleh Najid Abu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ipd-lipis-santuni-36-ketua-keluarga-tanjung-buluh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:54 MYT
Lipis, 1 Mei 2023 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menyantuni seramai 36 orang ketua keluarga dengan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sempena Program Komuniti Kepolisan Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Lipis di Kampung Tanjung Buluh, Lipis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, program tersebut turut disertai seramai tujuh orang pegawai IPD Lipis menyampaikan bantuan duit raya kepada ketua keluarga berkenaan di samping penerangan mengenai pencegahan jenayah hasil kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dipengerusikan oleh Najid Abu.

"Selain memuliakan bulan Ramadan menerusi amal jariah ini, program itu juga untuk mengeratkan ukhuwah antara masyarakat Kampung Tanjung Buluh, Mukim Cheka Dua dengan Polis Diraja Malaysia selari dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia Online seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text

ArtikelDiterbitkan 01 May 2023 6.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM