Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ipd Besut Bekerjasama Dengan Mahsuri Dagang Dan Ikhlas Com Edar Daging Korban Kepada 800 Asnaf

Published: 02 Jul 2023 3.18 AM Updated: 15 Aug 2026 8.23 PM
Program korban perdana itu turut disertai Ketua Komunikasi Ikhlas.com, Rose Kamalludeen dan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad. Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ipd-besut-bekerjasama-dengan-mahsuri-dagang-dan-ikhlas-com-edar-daging-korban-kepada-800-asnaf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT
 
Besut, 2 Julai 2023 - Syarikat pengeluar kicap lemak manis dan sos tiram, Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) bersama badan bukan kerajaan, Ikhlas.com mengorbankan tiga lembu termasuk seekor jenis sado untuk diagihkan kepada penduduk daerah ini semalam.
Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hjjaz berkata, program ibadah korban itu mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.
Katanya, tiga ekor lembu korban termasuk seekor lembu sado digelar ''Mat Sado'' disembelih secara gotong-royong bersama sukarelawan termasuk 25 anggota polis IPD Besut.
“Tiga lembu korban ini termasuk ''Mat Sado'' merupakan haiwan ternakan milik penternak tempatan yang kami tempah sebelum inl.
“Daging korban ini kemudian diagihkan kepada 800 penduduk daerah ini termasuk 300 yang menetap di Pulau Perhentian yang tergolong dalam kalangan asnaf," katanya di sini semalam.
Program korban perdana itu turut disertai Ketua Komunikasi Ikhlas.com, Rose Kamalludeen dan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
 
ArticlePublished 02 Jul 2023 3.18 AMUpdated 15 Aug 2026 8.23 PM