Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ipd Bachok Sertai Orang Ramai Berbuka Di Tepi Pantai

Diterbitkan: 21 Mar 2024 4.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ipd-bachok-sertai-orang-ramai-berbuka-di-tepi-pantai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:11 MYT
Bachok, 21 Mac 2024 – Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok berbuka puasa secara unik apabila menyertai orang ramai berbuka di tepi pantai, kelmarin.
Lebih 20 anggota dan Skuad Aman Wanita (AMANITA) menyertai acara iftar itu yang turut disertai Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin dan timbalannya, DSP Mohd Zain Mat Dris.

Mohamad Ismail berkata, aktiviti berbuka puasa polis di pantai berkenaan bagi mengeratkan hubungan anggota keselamatan bersama masyarakat.
Katanya, sebelum berbuka, pihaknya bersama AMANITA sempat memberi penerangan berkenan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, ragut, curi kenderaan, pecah rumah dan curi, buli, keldai akaun dan "Love Scam".

“Kita ambil peluang Pantai Irama ini tular untuk pengunjung berbuka puasa, jadi kita adakan tinjauan sambil juga berbuka sekali dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui di Pantai Irama, di sini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian

 
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2024 4.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM