Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Integrasi Teknologi Kecekapan Insan Strategi Wujud Sekolah Selamat

Published: 10 Nov 2025 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 November 2025 - Sekolah seharusnya bukan sahaja menjadi tempat murid menimba ilmu, tetapi lebih penting lagi, tempat memastikan mereka berasa selamat daripada pelbagai aspek seperti digariskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-integrasi-teknologi-kecekapan-insan-strategi-wujud-sekolah-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:54 MYT

Kuala Lumpur, 10 November 2025 - Sekolah seharusnya bukan sahaja menjadi tempat murid menimba ilmu, tetapi lebih penting lagi, tempat memastikan mereka berasa selamat daripada pelbagai aspek seperti digariskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekolah yang benar-benar selamat bukan sekadar memiliki persekitaran bangunan dan fasiliti yang baik, tetapi menampiIkan hubungan sosial dan profesional menyokong murid serta guru, di samping sistem mendengar dan bertindak terhadap isu murid.

Usaha kerajaan memperuntukkan RM5 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekolah adalah langkah baik. CCTV berperanan penting sebagai bukti rakaman sekiranya tiada saksi bagi kes serius seperti buli, vandalisme atau kecurian. Namun, pemasangan CCTV ini perlu dipastikan berfungsi secara berterusan dan bukan sekadar hiasan di sekolah.

Kerjasama antara pihak sekolah dan polis dilihat mampu mewujudkan rasa selamat dalam kalangan semua yang terbabit dalam ekosistem sekolah.

Polis perlu dilihat sebagai rakan komuniti yang bukan sahaja tegas, tetapi memiliki sifat empati dan penyayang kerana mereka juga bapa kepada anak, abang kepada adik dan anggota masyarakat prihatin.

Rondaan mereka di kawasan sekolah wajar dilihat dari sudut positif iaitu murid berasa terancam atau berisiko menjadi mangsa buli akan lebih berasa selamat, manakala murid cenderung melakukan kes disiplin akan berasa gentar untuk berbuat demikian.

Oleh itu, guru, kaunselor dan Polis Diraja Malaysia perlu bekerjasama melalui jawatankuasa pemantauan dan pemuafakatan bagi memastikan setiap tindakan diambil bersifat pendidikan dan pencegahan, bukan hukuman semata-mata.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text that says 'Integrasi teknologi, kecekapan insan strategi wujud sekolah selamat Keselamatan murid dijamin melalui ker
ArticlePublished 10 Nov 2025 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM