
Article
Keratan Akhbar Pilihan Inspektor Adi Selamatkan Nyawa Seorang Wanita
Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun dari aras lima sebuah p...
Seremban, 5 Ogos 2023 - Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell, Inspektor Adi Khusaini Saripudin yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun dari aras lima sebuah pusat beli-belah, di sini pada Rabu lalu, membantu menyelamatkan nyawa wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Arifai Tarawe berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan awam yang menyatakan ada individu disyaki cuba terjun dari aras lima parkir kenderaan premis terbabit.
“Tiba di lokasi, kami dapati seorang wanita berada di tebing parkir kenderaan dan memberitahu ingin terjun.
“Kami berusaha memujuk dan menenangkannya, namun dia enggan berganjak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, akhirnya Inspektor Adi bertindak pantas menarik wanita itu dan berjaya menyelamatkannya.