Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Insiden Disyaki Ada Kaitan Kes Seludup Dadah Senjata

Published: 04 Feb 2025 7.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 Februari 2025 - Insiden tembakan yang membabitkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu dekat Pulau Carey disyaki ada kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-insiden-disyaki-ada-kaitan-kes-seludup-dadah-senjata
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:49 MYT
Kuala Lumpur, 4 Februari 2025 - Insiden tembakan yang membabitkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu dekat Pulau Carey disyaki ada kaitan dengan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati trend itu cenderung berdasarkan corak atau situasi beberapa kes penyeludupan yang berlaku sebelum ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan berdasarkan pattern (corak) atau situasi yang serupa... boleh membawa kepada (aktiviti) berkait penyeludupan dadah, senjata.

“Siasatan sedang dibuat ketika ini oleh polis mengikut Seksyen 207 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Kedua, Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 yang mana memiliki senjata dan tidak boleh melepaskan tembakan.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 26 (A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎3 people and ‎text that says '‎Kes tembak pendatang tanpa izin Insiden disyaki ada kaitan kes seludup dadah, senjata Siasatan awa
ArticlePublished 04 Feb 2025 7.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM