Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Individu Mangsa Penipuan Ustazah Kontroversi Diminta Buat Laporan Polis

Published: 09 Jan 2023 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Januari 2023 - Individu yang menjadi mangsa penipuan seorang ustazah kontroversi dengan memperalatkan perubatan sunah diminta tampil membuat laporan polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-individu-mangsa-penipuan-ustazah-kontroversi-diminta-buat-laporan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:32 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2023 - Individu yang menjadi mangsa penipuan seorang ustazah kontroversi dengan memperalatkan perubatan sunah diminta tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, mana-mana individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan ustazah terbabit dinasihatkan tampil supaya siasatan polis dapat dilakukan.

“Jika ada laporan polis yang dibuat, polis akan meneliti dan menjalankan siasatan. Justeru, saya minta mereka yang menjadi mangsa penipuan itu dan mengalami kerugian tampil membuat laporan polis.

“Siasatan secara telus akan dijalankan berkaitan laporan polis yang diterima,” katanya.
Metro Ahad semalam melaporkan Khidmat Guam sedang mengumpul dan meneliti bukti berkaitan seorang ustazah yang didakwa memanipulasi perubatan sunah untuk kepentingan diri.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 09 Jan 2023 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM