Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Iftar Ramadan Di Laut Andaman

Published: 16 Mar 2026 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Menjelang penghujung petang, ketika mentari perlahan-lahan tenggelam di ufuk barat dan langit Laut Andaman yang terbentang luas disapu warna jingga keemasan, azan Maghrib berkumandang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-iftar-ramadan-di-laut-andaman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:37 MYT
 
Menjelang penghujung petang, ketika mentari perlahan-lahan tenggelam di ufuk barat dan langit Laut Andaman yang terbentang luas disapu warna jingga keemasan, azan Maghrib berkumandang.

Di atas dek bot ronda Pelindung 5 yang tidak seberapa luasnya, lapan anggota berseragam biru gelap berhenti seketika daripada tugas untuk menikmati detik berbuka puasa.

Itulah situasi di perairan sempadan Malaysia-Thailand, ketika kebanyakan keluarga berkumpul di meja makan bersama insan tersayang, ada pasukan keselamatan yang meraikan Ramadan dalam cara jauh berbeza.

Bagi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi, ia adalah rutin yang lumrah seperti mana disaksikan penulis ketika ikut serta dalam Program Rendezvous bersama Polis Marin Diraja Thailand (RTMP) dan Majlis Berbuka Puasa di perairan Pulau Brasmana, Thailand.

Di sebalik agenda rasmi dan perbincangan keselamatan itu, ada sisi lain yang lebih menyentuh jiwa, iaitu kisah lapan anak kapal yang mengemudi bot ronda Pelindung 5, menjalani ibadah puasa jauh di tengah samudera.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

May be an image of text that says 'PERSPEKTIF Jenayah rentas sempadan bayangi Laut Andaman sempadanM sia-Thailand kelihatan paca pancanganmata ,omhaknya ti

ArticlePublished 16 Mar 2026 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM