Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ibu Bapa Perlu Pantau Akses Anak Anak Di Internet

Diterbitkan: 23 Apr 2024 3.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.18 PM
Dalam usaha mengawal pendedahan melampau kanak-kanak terutama mereka yang masih di bangku sekolah kepada media sosial terutama kandungan yang memudaratkan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) menyarankan agar ibu bapa dan penjaga memastikan bahawa kanak-kanak hanya diberikan akses kepada peranti serta kandungan di Internet dengan pengawasan dan pemantauan yang sewajarnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ibu-bapa-perlu-pantau-akses-anak-anak-di-internet
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:22 MYT
Dalam usaha mengawal pendedahan melampau kanak-kanak terutama mereka yang masih di bangku sekolah kepada media sosial terutama kandungan yang memudaratkan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) menyarankan agar ibu bapa dan penjaga memastikan bahawa kanak-kanak hanya diberikan akses kepada peranti serta kandungan di Internet dengan pengawasan dan pemantauan yang sewajarnya.

Ini selari dengan seruan Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, yang telah memberikan amaran bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kepada ibu bapa untuk memastikan bahawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial sendiri. Keperluan ini juga sejajar dengan pendirian yang diambil oleh kebanyakan platform media sosial.

Adalah penting bagi ibu bapa untuk mengambil tanggungjawab memelihara anak-anak mereka daripada terdedah kepada risiko dan ancaman yang wujud di media sosial.

Ikut kupasan oleh CMCF mengenai faktor utama pentingnya ibu bapa mengawal dan memantau akses anak-anak di internet menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'CONTENT IFORUM Family Link membolehkan aplikasi daripada Google yang memantau dan mengawal peranti mereka.
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2024 3.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.18 PM