
Artikel
Update Keratan Akhbar Pilihan Pengurus Jaga Halang Tugas Maki Polis Didenda Rm3 000
Tindakan kurang ajar seorang pengurus pengawal keselamatan memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis di Balai Polis (BP) Bukit Jeluton...
Shah Alam, 23 April 2024 - Tindakan kurang ajar seorang pengurus pengawal keselamatan memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis di Balai Polis (BP) Bukit Jelutong, empat tahun lalu membawa padah apabila dia didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh diperintahkan menjalani penjara selama empat bulan. Tertuduh membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Paramver didakwa dengan sengaja menghalang seorang anggota polis daripada menjalankan tugasnya dengan cara enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun.
Semua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Pertanyaan BP Bukit Jelutong pada pukul 5 petang, 2 September 2020.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.