Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ibu Bapa Perlu Celik It Pantau Anak Guna Internet Dan Gajet

Published: 15 Jul 2023 5.50 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Era ini, kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk melayari internet bagi mendapatkan akses kepada maklumat dan hiburan mereka inginkan. Hal ini dipermudahkan apabila ibu bapa dengan rela hati menyediakan gajet seperti telefon pintar dan tablet untuk kegunaan anak-anak atas nama ‘pembelajaran mengikut trend semasa'.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ibu-bapa-perlu-celik-it-pantau-anak-guna-internet-dan-gajet
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Era ini, kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk melayari internet bagi mendapatkan akses kepada maklumat dan hiburan mereka inginkan. Hal ini dipermudahkan apabila ibu bapa dengan rela hati menyediakan gajet seperti telefon pintar dan tablet untuk kegunaan anak-anak atas nama ‘pembelajaran mengikut trend semasa'.

Menurut Kaji Selidik Pengguna Internet 2018, sembilan daripada 10 kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun di Malaysia melayari internet dan 91.8 peratus daripada mereka menggunakan telefon pintar untuk tujuan pelbagai aktiviti dalam talian antaranya komunikasi teks, jaringan sosial, mencari maklumat dan menonton video.

Pada masa sama, menggunakan internet membolehkan kanak-kanak memupuk pembelajaran berdikari dan mengukuhkan keupayaan mereka memberikan penyelesaian kepada masalah dihadapi.

Bagaimanapun, internet juga berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dalam pelbagai perspektif. Terdapat kemungkinan kanak-kanak mendapat akses lebih luas kepada kandungan tidak sesuai seperti pornografi, ganas serta berita palsu.

Ikuti temu bual eksklusif bersama Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Dr. Wan Munira Wan Jaafar dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia mengupas isu berkenaan ibu bapa perlu celik IT dalam memantau penggunaan internet dan gajet oleh anak-anak menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 4 people, slow loris and text that says 'Ibu bapa perlu celik IT pantau anak guna internet, gajet Internet berpotensi memberi kesan nega

May be an image of 3 people and text
 
ArticlePublished 15 Jul 2023 5.50 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM