Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ibu Bapa Cuai Boleh Didakwa Membunuh

Diterbitkan: 18 Apr 2022 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan lain boleh dijalankan adalah mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kecederaan atau kematian kepada kanak-kanak dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 iaitu meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang sewajarnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ibu-bapa-cuai-boleh-didakwa-membunuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:51 MYT
Kuala Lumpur, 18 April 2022 - Ibu bapa yang meninggalkan anak di dalam kereta sehingga menyebabkan kematian boleh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh atau Seksyen 304 iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan lain boleh dijalankan adalah mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kecederaan atau kematian kepada kanak-kanak dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 iaitu meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang sewajarnya.

Menurutnya, bagi Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 sebanyak empat kes sejak 2019 hingga tahun lalu manakala satu kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 pada tahun 2020.

Kita turut membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 304A pada tahun 2019. Bagaimanapun daripada enam kertas siasatan yang dibuka hanya dua sahaja dituduh di mahkamah sepanjang tempoh tiga tahun itu, katanya dalam temubual eksklusif kepada Harian Metro.

ACP Siti Kamsiah berkata, melalui siasatan Polis Diraja Malaysia kesemua kes berlaku berpunca daripada terlupa anak atau mangsa di dalam kereta.

"Mereka meninggalkan kenderaan tanpa melihat atau memastikan setiap penumpang kenderaan sudah keluar semuanya,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 18 Apr 2022 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM