Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hina Agama Kdn Tiada Cadangan Laksana Undang Undang Baharu

Published: 19 Nov 2020 3.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 19 November 2020 - Akta dan undang-undang sedia ada sudah merangkumi serta mencukupi untuk menghukum sesiapa yang cuba mewujudkan sebarang isu khususnya berkaitan agama dan kaum.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hina-agama-kdn-tiada-cadangan-laksana-undang-undang-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT

Kuala Lumpur, 19 November 2020 - Akta dan undang-undang sedia ada sudah merangkumi serta mencukupi untuk menghukum sesiapa yang cuba mewujudkan sebarang isu khususnya berkaitan agama dan kaum.

Justeru, kerajaan tidak bercadang melaksanakan undang-undang baharu terhadap individu yang menghina, mempersenda atau memainkan isu agama.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa tegas menangani isu berkenaan.

"Polis akan melakukan tangkapan dan dakwaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan menghina, mempersendakan atau memainkan isu agama berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Ketika ini KDN berpandangan undang-undang sedia ada adalah mencukupi bagi menyedarkan pesalah yang melakukan kesalahan seperti ini.

"Bagaimanapun KDN dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji perundangan itu untuk ditambah baik," katanya pada sesi soal jawab lisan di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

No photo description available.
ArticlePublished 19 Nov 2020 3.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM