Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 216 Lengan Cedera Terkena Tembakan Ketika Serbuan

Published: 26 Mar 2023 7.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Koperal Muhammad Syamsul, 31 tahun, berkata pelbagai pengalaman dilaluinya ketika bertugas di Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sepanjang tempoh enam tahun dalam Pasukan it
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-216-lengan-cedera-terkena-tembakan-ketika-serbuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mac 2023 - Minat mendalam dan pendedahan pengalaman bapa yang berkhidmat sebagai anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mendorong Koperal Muhammad Syamsul Akmal Roslan untuk memilih kerjaya dalam Polis Diraja Malaysia.

Koperal Muhammad Syamsul, 31 tahun, berkata pelbagai pengalaman dilaluinya ketika bertugas di Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sepanjang tempoh enam tahun dalam Pasukan itu.

“Sejujurnya saya paling suka ditempatkan di bahagian siasatan jenayah kerana kagum dengan kejayaan diraih bapa, Sarjan Mejar Roslan Ibrahim, 55 tahun, sewaktu bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) JSJ Johor sebelum ini.

“Dari situ, saya mula minat untuk bertugas sama ada di Bahagian Siasatan Jenayah di peringkat IPD atau kontinjen mahupun Bukit Aman.

“Saya bernasib baik apabila berpeluang bertugas di D4 Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Cheras selepas tiga tahun bertugas dalam pasukan khas di Balai Polis Bukit Jalil,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Bukit Jalil di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'Lengan cedera terkena tembakan ketika serbuan berkata, hagian deraan sudah e situ,k akan a
ArticlePublished 26 Mar 2023 7.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM