Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 215 Pdrm Wujud 100 Jawatan Baharu D11 Jsj

Published: 24 Mar 2022 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan 100 perjawatan baharu di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-215-pdrm-wujud-100-jawatan-baharu-d11-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:42 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan 100 perjawatan baharu di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass berkata, selain itu, lapan jawatan akan turut dinaik taraf dan 126 jawatan pula diagih semula dalam usaha pengukuhan Bahagian D11 yang dijangka membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM8 juta setahun.
"Kertas kerja pengukuhan Bahagian D11 diuruskan oleh Jabatan Pengurusan dan sudah dikemukakan semula kepada agensi pusat untuk kelulusan. Antara perjawatan baharu yang kita mohon ialah empat bagi pangkat Superintendan, lima DSP dan enam ASP," katanya.
Memberitahu demikian dalam sesi temubual sempena sambutan Hari Polis ke-215 yang akan disambut esok, Dato’ Zaini berkata, daripada RM13 juta peruntukan khas bagi memperkasakan Bahagian D11 seperti dibentang dalam Bajet 2022, sebanyak RM8 juta adalah bagi pengukuhan perjawatan baharu.
Katanya, baki peruntukan berkenaan pula akan digunakan bagi tujuan pembangunan sistem dan publisiti dalam usaha menambahbaik mutu dan penyampaian perkhidmatan D11.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

 
ArticlePublished 24 Mar 2022 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM