
Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 214 Pdrm Sebaris Negara Luar
Petaling Jaya, 26 Mac 2021 - Kerjasama strategik yang terjalin di peringkat antarabangsa mampu meletakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaris dengan pasukan keselamatan negara luar.
Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin berkata, penyertaan pegawai dan anggota polis dalam latihan, kursus atau persidangan di dalam negara serta di peringkat antarabangsa perlu dipertingkatkan bagi memperoleh pendedahan dan perkongsian lebih global.
Katanya, usaha itu bagi menghadapi cabaran dan ancaman moden di samping melengkapkan pasukan PDRM dengan aset, peralatan dan senjata canggih serta terkini.
"Sehubungan itu, PDRM juga harus memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai perundangan negara.
"Saya percaya ini mampu meletakkan PDRM sebaris dengan pasukan keselamatan dari England, Scotland dan Hong Kong," katanya ketika berucap dalam Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.