Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 214 Khutbah Istimewa Lebih Sesuai Disampaikan Polis

Published: 27 Mar 2021 3.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Mac 2021 - Membaca khutbah Jumaat bukan asing buat Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Abdullah kerana beliau pernah melakukannya ketika bertugas di Perak, sebelum ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-214-khutbah-istimewa-lebih-sesuai-disampaikan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Kuala Lumpur, 27 Mac 2021 - Membaca khutbah Jumaat bukan asing buat Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Mohamad Zainal Abdullah kerana beliau pernah melakukannya ketika bertugas di Perak, sebelum ini.

Cuma kali ini beliau terpanggil sekali lagi membaca khutbah Jumaat di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, sempena sambutan Hari Polis ke-214 kerana tajuk khutbah Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada dianggap lebih bersesuaian disampaikan oleh pegawai polis.

Tuan Mohamad Zainal berkata, antara intipati khutbah itu adalah menyeru semua masyarakat Malaysia supaya menghayati keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.
"Masyarakat juga diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana keamanan dan keselamatan negara ini bukan datang bergolek.

"Sehubungan itu, ia perlu terus dikekalkan dan cara paling terbaik adalah masyarakat dan pihak berkuasa perlu sentiasa bersama menggembleng tenaga supaya sentiasa hidup dalam aman sejahtera," katanya ketika ditemui selepas selesai solat Jumaat, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di lampiran.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 27 Mar 2021 3.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM