Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Polis Ke 214 Hargai Jasa Pengorbanan Pdrm Tunai Tanggungjawab

Diterbitkan: 26 Mar 2021 2.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Institusi kepolisan yang digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, memiliki latar sejarah panjang yang perlu difahami masyarakat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-polis-ke-214-hargai-jasa-pengorbanan-pdrm-tunai-tanggungjawab
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT

Institusi kepolisan yang digerakkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, memiliki latar sejarah panjang yang perlu difahami masyarakat.

Tanpa kefahaman sebenar ini, masyarakat boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mencari kesalahan pasukan keselamatan itu sebagai modal untuk menghina dan memperlekehkan institusi terbabit.

Hakikatnya, institusi polis jika dilihat dari sudut sejarah, sudah ditubuhkan sejak zaman Kerajaan Hindu Majapahit, Empayar Buddha Srivijaya dan Kerajaan Melaka.

Walaupun tidak banyak sumber rekod rasmi dicatatkan ketika pemerintahan Kesultanan Melayu, sejarah menunjukan bukti kewujudan Temenggung sebagai penjaga keamanan dan keselamatan kerajaan Melaka yang dianggap sebagai sistem kepolisan awal kerajaan Melayu di Nusantara.

Evolusi perkembangan institusi polis di negara ini pula dilihat menjadi pesat ketika pemerintahan British di Tanah Melayu.

British memperkenalkan Charter of Justice di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 dengan memisahkan kuasa perundangan dan kehakiman, sekali gus menjadikan institusi polis sebagai badan bertanggungjawab terhadap keamanan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person, standing and text that says 'MukaSepuluh Amer Fawwaz rsitsT Mohamad Yasid Hargai jasa, pengorbanan PDRM tunai tanggungjawab er

ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2021 2.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM