Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pertama Di Dang Wangi Diduga Kes Tanah Mendap

Published: 18 Jan 2025 5.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Januari 2025 - Ditugaskan sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Muallim ketika ancaman wabak COVID-19 mula melanda negara memberi satu pengalaman tidak boleh dilupakan buat ACP Sulizmie Affendy Sulaiman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pertama-di-dang-wangi-diduga-kes-tanah-mendap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:10 MYT
Kuala Lumpur, 18 Januari 2025 - Ditugaskan sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Muallim ketika ancaman wabak COVID-19 mula melanda negara memberi satu pengalaman tidak boleh dilupakan buat ACP Sulizmie Affendy Sulaiman.

ACP Sulizmie yang ketika itu berpangkat Superintenden dilantik sebagai KPD Muallim pada 26 Mac 2020 iaitu sembilan hari selepas pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berkongsikan pengalaman itu, ACP Sulizmie yang sekarang merupakan KPD Dang Wangi menceritakan mengenai hari pertama beliau melapor tugas sebagai KPD Muallim di pejabat Ketua Polis Perak ketika itu.

Menurut ACP Sulizmie, beliau segera membuat lawatan ke lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar daerah Muallim sejurus menerima amanat daripada Ketua Polis Perak.
“Negara berdepan ancaman virus baharu masa itu dan cabaran polis ialah perlu menguruskan masyarakat untuk kekal berada di rumah, ia bukan suatu tugas yang mudah.

“Pada masa sama, kita perlu memastikan arahan dan prosedur operasi standard yang dikeluarkan kerajaan dipatuhi selain penguatkuasaan termasuklah kompaun, SJR dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text

ArticlePublished 18 Jan 2025 5.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM