
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2023 Usah Lupa Keluarga Perwira Kita
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 - Dalam kita semua menyanjung jasa pahlawan yang terkorban dalam pertempuran mempertahankan kedaulatan negara ini, jangan sekali kita lupa ahli keluarga dan insan terdekat mereka," pesan Pesara Polis CP Datuk Abdul Rashid Harun.
Datuk Abdul Rashid yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Sabah antara 'orang kuat' terbabit dalam tragedi berdarah pencerobohan Lahad Datu pada 2013.
"Selain menyanjung jasa pahlawan, kita perlu ambil kira individu rapat dengan mereka seperti ibu bapa, isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara mara serta rakan terdekat.
"Lihat bagaimana hidup mereka dan sekiranya mereka memerlukan bantuan, hulurkanlah sumbangan.
"Jika kita tidak mampu memberikan sumbangan, cukuplah sekadar kita melawat mereka bagi mengubat rasa rindu," katanya ketika dihubungi.