Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2023 Usah Lupa Keluarga Perwira Kita

Diterbitkan: 01 Aug 2023 6.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Harian Metro
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2023-usah-lupa-keluarga-perwira-kita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2023 Usah Lupa Keluarga Perwira Kita
Laman Utama / Artikel / Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2023 Usah Lupa Keluarga Perwira Kita
Kembali ke Pustaka
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2023 Usah Lupa Keluarga Perwira Kita

Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 - Dalam kita semua menyanjung jasa pahlawan yang terkorban dalam pertempuran mempertahankan kedaulatan negara ini, jangan sekali kita lupa ahli keluarga dan insan terdekat mereka," pesan Pesara Polis CP Datuk Abdul Rashid Harun.

Datuk Abdul Rashid yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Sabah antara 'orang kuat' terbabit dalam tragedi berdarah pencerobohan Lahad Datu pada 2013.
Beliau berkata, mungkin ada dalam kalangan ahli keluarga pahlawan terkorban itu yang memerlukan bantuan dan keprihatinan semua pihak.

"Selain menyanjung jasa pahlawan, kita perlu ambil kira individu rapat dengan mereka seperti ibu bapa, isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara mara serta rakan terdekat.
"Lihat bagaimana hidup mereka dan sekiranya mereka memerlukan bantuan, hulurkanlah sumbangan.

"Jika kita tidak mampu memberikan sumbangan, cukuplah sekadar kita melawat mereka bagi mengubat rasa rindu," katanya ketika dihubungi.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../usah-lupa-keluarga-perwira...

Sumber: Harian Metro

 
ArtikelDiterbitkan 01 Aug 2023 6.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM