Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Pernah Tembak Mati Ketua Penjenayah Pengalaman Paling Berharga Sepanjang Berkhidmat Dalam Pdrm

Diterbitkan: 19 Aug 2021 6.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pesara PDRM berusia 60 tahun itu berkata, kejadian itu berlaku 37 tahun lalu pada 16 November 1984 di Jalan Tampin-Seremban dekat Sungai Gadut Senawang, ketika beliau berkhidmat di Balai Polis Rembau, dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-pahlawan-2021-pernah-tembak-mati-ketua-penjenayah-pengalaman-paling-berharga-sepanjang-berkhidmat-dalam-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Pernah Tembak Mati Ketua Penjenayah Pengalaman Paling Berharga Sepanjang Berkhidmat Dalam Pdrm
Laman Utama / Artikel / Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Pernah Tembak Mati Ketua Penjenayah Pengalaman Paling Berharga Sepanjang Berkhidmat Dalam Pdrm
Kembali ke Pustaka
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Pahlawan 2021 Pernah Tembak Mati Ketua Penjenayah Pengalaman Paling Berharga Sepanjang Berkhidmat Dalam Pdrm

Pesara PDRM berusia 60 tahun itu berkata, kejadian itu berlaku 37 tahun lalu pada 16 November 1984 di Jalan Tampin-Seremban dekat Sungai Gadut Senawang, ketika...
Seremban, 19 Ogos 2021 - "Peristiwa menembak mati ketua penjenayah tidak mungkin saya lupakan sepanjang hayat kerana ia pengalaman paling berharga ketika berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Mohd Radzi Karim.

Pesara PDRM berusia 60 tahun itu berkata, kejadian itu berlaku 37 tahun lalu pada 16 November 1984 di Jalan Tampin-Seremban dekat Sungai Gadut Senawang, ketika beliau berkhidmat di Balai Polis Rembau, dekat sini.

Beliau yang ketika itu baru saja dua tahun berkhidmat dalam PDRM berkata, mereka menerima laporan lima penjenayah warga asing melarikan diri ke daerah Rembau selepas merompak sebuah kedai emas di Segamat, Johor.

"Saya bersama beberapa anggota lain terus bergerak ke lokasi kerana percaya penjenayah pasti melalui laluan Rembau-Seremban untuk melepaskan diri.

"Sebaik menyedari kenderaan mereka diekori polis, penjenayah berkenaan kemudian memecut laju, bagaimanapun gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan merempuh sebuah treler dari arah bertentangan di Batu 10 Pedas Jalan Seremban-Tampin.

"Ketua penjenayah kemudian keluar dari kereta lalu mengacukan pistol ke arah ketua operasi iaitu Sarjan Johari. Melihat situasi itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi dua individu itu, tidak teragak-agak melepaskan tiga das tembakan yang terkena pada badan penjenayah terbabit menyebabkan dia rebah," katanya.

ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2021 6.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM