Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Lagi Individu Rosakkan Jalur Gemilang Ditahan

Published: 24 Aug 2022 1.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan kerana merosakkan bendera Jalur Gemilang di Jalan Tun Sambanthan 4, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-ke-65-lagi-individu-rosakkan-jalur-gemilang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:01 MYT
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan kerana merosakkan bendera Jalur Gemilang di Jalan Tun Sambanthan 4, di sini.

Ketua Polis Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima maklumat ada individu merosakkan Jalur Gemilang jam 3.20 petang kelmarin.

“Apabila anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tiba, mereka mendapati dua pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan seorang lelaki merosakkan Jalur Gemilang dekat lokasi berhampiran,” katanya.

ACP Amihizam berkata, anggota URB mendapatkan bantuan anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) membawa lelaki berkenaan ke Balai Polis Brickfields untuk dokumentasi.

“Seterusnya, lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk diperiksa serta dirujuk ke wad psikiatri,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Harian Metro seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24082022

May be an image of 2 people, motorcycle, outdoors and text
ArticlePublished 24 Aug 2022 1.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM